Sunday, May 31, 2009

Saya Gembira Di Sini!!!



“Di Burma, seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini, kita akan bagi mereka peluang menjadi warganegara. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak menganbil kira kebolehan berbahasa (melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain bangsa melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanyakan kepada anda. Ini adalah fakta. Siapa anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10% kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini. (Tun V.T Sambanthan, 1 Jun 1965)

Keindahan bait-bait kata dari Tun Sambanthan ini ternyata jelas sudah menjadi epilog tragis kegagalan medium penyatuan dan perpaduan yang dulunya menjadi pemangkin kejayan Malaya pada ketika itu. Medium yang relevan pada ketika itu mungkin dari segi bertolak ansur tetapi Melayu akan terus di kenang sebagai satu bangsa yang begitu bertolak ansur sehinggakan Melayu kini sudah mula tertolak ke sungai dan dipinggir desa di himpit oleh kemodenan dan kejayaan bangsa lain. Salah siapa?

By: AKUMELAYU..?

3 comments:

Athari Bahardin said...

kita dimanja dgn pelbagai hak keistimewaan, lalu kita jadi lemak dan malas. bangsa lain bkn mengheret kita ketepi tapi berlari lagi laju dari kita. thats the fact, kita yg lemah takmau berusaha. mereka tak perlu privileges untuk berjaya. knp kita perlukan smua tu? sbb kita malas. sebagai langkah terdesak mula la kita mainkan isu perkauman. sbb kita terdesak sehingga lupa makna sebenar kemerdekaan.

haha tumpang lalu sifu :p

aku melayu..? said...

salam...

di manja dan di belai itulah yg sering di ungkapkn utk mengambarkan sifat melayu. lumrah nye manusia yg selalu di manja ini akn menjdi malas tp "manja" yg di berikan ini tdk dpt kte nafi adalah berpunca dr sejrah melayu sendri. penjajah merupakan atr penyebab utama melayu mundur akibat kerna dasar pecah & perintah dan bg mengatasi mslh ketdk seimbangan ini pelbagai pelan dan dasar digubal bg kesenang melayu yg secara tdk sedar telah memberi "tongkat" kpd melayu, bkn utk mencri slh org lain kerna MELAYU PURBA dulu telah membenarkn penjajah campur tgn akibat perebutan kuasa yg berlaku dahulu. dan lbh malang MELAYU KINI msih dgn sifat tamak ttp kali tamak dengan tender dan projek bsr2. melayu sibuk mencri salah siapa ttapi hampir terlupa SALAH SENDIRI...

p/s: teringat kisah Pak Pandir dan Mak Andir.. huhu~

Amirul Syafiq Mahadi said...

melayu ade hak istimewa or x da semestinya malas.
so ape salahnya ade hak+malas daripada xda hak+malas...

aku malas+ada hak istimewa....bestnya!
lalalalalalalala