Sunday, March 15, 2009

Mencari khalifah dibumi YAHUDI



Salam muafakat,

Menjelang pilihan raya kecil tidak lama lagi pelbagai persoalan yang dapat dirungkaikan. Antara persoalan ialah “Siapakah pemimpin seterusnya?”, “Apakah ciri-ciri pemimpin yang harus ada?”. Sebagai seorang mukmin kita tidak dapat lari dari tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah S.W.T ini. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 28 “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), bukan orang-orang mukmin. Barang siapa memperbuat demikian, bukanlah ia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar-benarnya takut”. Allah S.W.T telah memberikan kita satu petunjuk yang jelas sekali mengenai ciri-ciri pemimpin yang harus ada. Jika kita menjadikan firman Allah S.W.T sebagai pedoman dan cara hidup nescaya masalah kepimpinan yang wujud kini tidak berluasa. Isu yang wujud kini adalah mengenai lompat parti dan isu ini wujud kerana kurangnya jati diri dan nilai agama dikalangan pemimpin Islam sendiri. Kenapakah Allah S.W.T menyarankan agar kita memilih pemimpin berdasarkan agamanya? Ini kerana didalam Islam sendiri kita disarankan untuk memilih ketua untuk setiap perkara bagi mengelakkan sebarang pertelagahan timbul. Pemimpin yang menjadikan agama sebagai cara hidupnya akan memandu pengikutnya ke jalan syurga Allah S.W.T. Timbul pula persoalan “macam mana kalo kat tempat aku calon cina dan india yang tak beragama Islam? Xda calon muslim?” Jika persoalan ini timbul maka yang seterusnya harus dilihat adalah tampuk pimpinan parti yang dipilih. Adakah ianya bertunjangkan Islam atau sebaliknya. Pandangan yang menyatakan isu ini akan menimbulkan ketidakadilan dan penzaliman, firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 “Allah S.W.T tidak melarang kamu memperbuat kebaikan dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tiada memerangi kamu” Jelaslah, jika human right dan equality yang dicari maka Islam adalah agama yang sebenar-benarnya memperjuangkannya. Fikir-fikirkanlah...

(Tafsir telah dipetik dari Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus cetakan ke-19)

AKUMELAYU...?