“Di Burma, seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini, kita akan bagi mereka peluang menjadi warganegara. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak menganbil kira kebolehan berbahasa (melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain bangsa melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanyakan kepada anda. Ini adalah fakta. Siapa anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10% kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.” (Tun V.T Sambanthan, 1 Jun 1965)
Keindahan bait-bait kata dari Tun Sambanthan ini ternyata jelas sudah menjadi epilog tragis kegagalan medium penyatuan dan perpaduan yang dulunya menjadi pemangkin kejayan Malaya pada ketika itu. Medium yang relevan pada ketika itu mungkin dari segi bertolak ansur tetapi Melayu akan terus di kenang sebagai satu bangsa yang begitu bertolak ansur sehinggakan Melayu kini sudah mula tertolak ke sungai dan dipinggir desa di himpit oleh kemodenan dan kejayaan bangsa lain. Salah siapa?
By: AKUMELAYU..?