Saturday, May 9, 2009

Apa beza ulama & professional?

“Mesti Presiden dan Timbalan Presiden itu ulama kalau benar kita (Pas) mahu laksana Islam. Nombor satu dan dua mesti ulama dan juga seorang dari Naib Presiden. Sebabnya kalau tidak ada salah seorang itu ulama, maka yang nak naik (ganti tempat di atas) seolah-olah melompat pula” Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi

Apa bezanya ulama & professional?

Isu ini wujud dikala pemilihan pucuk pimpinan Pas. Tertanya-tanya pula. Apa bezanya ulama dan professional? Adakah ulama kini dan dahulu tidak professional? Bukankah cikgu saya Muhammad S.A.W telah melahirkan ulama yang professional yang digelar “Khulafa Ar-Rasyiddin”. Semakin keliru bila memikirkan perbezaan ini kerana pada aku ulama adalah professional dan setiap professional harus menjadi ulama kerana kita adalah wali (pemimpin) di bumi Allah S.W.T ini. Bertepatan dengan hadith Rasulullah S.A.W daripada Ibn Umar r.a.,

“Kamu semua adalah penjaga (pemimpin). Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap penjagaannya (orang yang dipimpim)”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


By: AKUMELAYU...?



Alahai, Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz


"Saya membuat teguran paling besar yang saya cetuskan dalam hidup, apabila saya melihat ayah saya yang telah tua dan memberi kepercayaan kepada anak buahnya. Tetapi saya melihat unsur penipuan yang tidak jelas berlaku, maka saya terpaksa minta kepada Allah ketika ayah di Mekah untuk tunjukkan saya nasihat berguna” Nik Abduh Nik Aziz Nik Mat (Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 pada 9 Mei 2009)

Aduh, ini satu lagi nukilan cerita dari pantai timur. Bosan bercerita mengenai peragai kerajaan kini beralih pula kepada kemelut politik didalam pembangkang pula. Petikan artikel itu diambil bagi membangkitkan persoalan. Apakah yang dimaksudkan penipuan yang tidak jelas berlaku didalam Pas? Timbul pertanyaan adakah Pas sudah semakin hampir kepada perangai jahiliah UMNO yang begitu gilakan kuasa. Sebagai sebuah parti yang bernamakan Islam mereka harus lebih berhati-hati ketika berbicara agar ianya tidak disalah anggap. Teguran terbuka untuk Nik Abduh. Sebagai pemimpin muda marah dan emosi adalah senjata yang akan memusnahkan lawan dan juga diri sendiri. Prinsip musyawarah didalam Islam semakin dilupakan. Teguran ini juga ditujukan kepada semua pemimpin yang mempunyai “bin” dan “binti”. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan lupakanlah sejenak pengaruh duniawi.

By: AKUMELAYU...?



Siapa Lanun Bermata Dua?


Salam kebosanan,

Penat, bosan, muak dan kacau bila memikirkan suasana politik tanah air. Kehadiran Perdana Menteri baru dilihat banyak pihak sebagai satu transformasi politik yang besar. Terbaru kekecohan yang berlaku di Perak.

Salah siapa?

Satu persoalan yang sangat sukar untuk dijawab tetapi kita harus sedar bahawa ahli politik bukanlah dewa untuk diagungkan dan bukan juga wali untuk dipercayai. Ramai yang berkata politik di Perak adalah Politik Rimba. Terfikir sejenak, apa politik rimba ini adakah sama seperti di zaman lanun dimana kapal dirampas menggunakan senjata.

Apa bezanya di Malaysia?

Bezanya adalah lanun sekarang tidak dipanggil lanun tetapi dipanggil YB dan lanun sekarang juga bermata dua. Tidak banyak bezanya dengan zaman lanun. Aku sudah mula tidak percaya kepada lanun-lanun ini. Macam mana dieorang nak buat undang-undang? Sekolah habis ke tidak? Ataupun soalan yang mungkin ditanya dieorang semua ini bertamadun ke tidak. Sesungguhnya cikgu saya Muhammad S.A.W tidak pernah mengajar saya mengguna kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Atau adakah mungkin mereka mempunyai cikgu yang lain. Ayah pin kot.......

By: AKUMELAYU...?


Wednesday, April 8, 2009

Najib tersungkur di 2 BUKIT & bangkit di 1 BATANG



Kekalahan besar BN dalam by-election memberi satu gambaran jelas. Justeru ini adalah pesanan ringkas untuk Perdana Menteri baru saya..!!! Kami tidak bodoh dan tidak mahu terus diperbodohkan. Najib mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan hak rakyat dan apa yang lebih penting keyakinan dan hati rakyat harus diambil kira. Retorik kerajaan bebas rasuah terus dinantikan dan apa yang lebih penting bebas dari kronisme. Tunggu dan lihat barisan baru kabinet Najib Tun Razak.

AKUMELAYU...?

Sunday, March 15, 2009

Mencari khalifah dibumi YAHUDI



Salam muafakat,

Menjelang pilihan raya kecil tidak lama lagi pelbagai persoalan yang dapat dirungkaikan. Antara persoalan ialah “Siapakah pemimpin seterusnya?”, “Apakah ciri-ciri pemimpin yang harus ada?”. Sebagai seorang mukmin kita tidak dapat lari dari tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah S.W.T ini. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 28 “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), bukan orang-orang mukmin. Barang siapa memperbuat demikian, bukanlah ia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar-benarnya takut”. Allah S.W.T telah memberikan kita satu petunjuk yang jelas sekali mengenai ciri-ciri pemimpin yang harus ada. Jika kita menjadikan firman Allah S.W.T sebagai pedoman dan cara hidup nescaya masalah kepimpinan yang wujud kini tidak berluasa. Isu yang wujud kini adalah mengenai lompat parti dan isu ini wujud kerana kurangnya jati diri dan nilai agama dikalangan pemimpin Islam sendiri. Kenapakah Allah S.W.T menyarankan agar kita memilih pemimpin berdasarkan agamanya? Ini kerana didalam Islam sendiri kita disarankan untuk memilih ketua untuk setiap perkara bagi mengelakkan sebarang pertelagahan timbul. Pemimpin yang menjadikan agama sebagai cara hidupnya akan memandu pengikutnya ke jalan syurga Allah S.W.T. Timbul pula persoalan “macam mana kalo kat tempat aku calon cina dan india yang tak beragama Islam? Xda calon muslim?” Jika persoalan ini timbul maka yang seterusnya harus dilihat adalah tampuk pimpinan parti yang dipilih. Adakah ianya bertunjangkan Islam atau sebaliknya. Pandangan yang menyatakan isu ini akan menimbulkan ketidakadilan dan penzaliman, firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 “Allah S.W.T tidak melarang kamu memperbuat kebaikan dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tiada memerangi kamu” Jelaslah, jika human right dan equality yang dicari maka Islam adalah agama yang sebenar-benarnya memperjuangkannya. Fikir-fikirkanlah...

(Tafsir telah dipetik dari Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus cetakan ke-19)

AKUMELAYU...?

Saturday, February 14, 2009

Ancaman Orang Muda


Salam muslimim & Muslimat

Teringat hadis Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa “diakhir zaman nanti satu sifat akan wujud dikalangan umat aku. Sahabat bertanya apakah ya Rasulullah S.A.W?. Baginda menjawab sifat itu ialah al-wahn. Sahabat bertanyakan lagi apakah al-wahn itu? Baginda menjawab al-wahn itu ialah sifat cintakan dunia dan takutkan mati. Itu adalah antara nukilan kata yang hadir di bibir Rasulullah S.A.W. Ironinya masa kini sifat yang dinyatakan Rasulullah S.A.W itu hadir apabila umat Islam masa kini menjadi begitu liberal dikala membahaskan mengenai hukum dan undang-undang islam. Apabila kaum tua menegur kaum muda pelbagai tohmahan timbul kononnya mereka telah menyekat pemikiran kaum muda dan tidak berfikiran jauh dan mudur kebelakang. Sejauh mana kebenaran tohmahan ini? Firman Allah S.W.T “orang tua laki-laki dan orang tua perempuan apabila kedua-duanya berzina, maka rejamlah mereka itu" Ayat tersebut jelas sekali menyatakan perintah Allah S.W.T mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan hukuman Allah S.W.T. Jelaslah, disini kehadiran kaum tua tidak lain adalah sebagai check and balance kepada kaum muda dan kaum muda tidak haruslah mempertikaikan teguran oleh kaum tua tersebut kerana ianya merupakan tanggungjawab kepada mereka. Firman Allah S.W.T lagi “ambillah kitab ini dengan bersungguh-sungguh” [surah maryam(19):12] semakin jelas menunjukkan titah dan perintah Allah S.W.T kepada hambanya supaya mentaati suruhan dan ajarannya. Sejauhmana firman Allah S.W.T ini dijadikan pedoman kepada umat Islam masa kini. Sama-samalah kita fikirkan.

(Further reading: Kitab Al-Azkar by Al-Imam Al-Nawawi)

Hamba Allah S.W.T yang kerdil...

To Islam with Love

By: AKUMELAYU...?