Friday, December 12, 2008

UMNO yang tidak sudah..!!!

Salam, ini merupakan sebingkas kata jujur dari saya mengenai politik UMNO kini.. Sebarang bantahan dan perbezaan pendapat komen anda amat lah saya hargai..

Kehangatan pemilihan pucuk pimpinan UMNO baru-baru ini sudah cukup untuk menceritakan pahit getir perjuangan politik pemimpin kini. Jatuh bagun seseorang pemimpin amat berkait rapat dengan kebolehan dan kekuatan pemimpin itu sendiri disampin wang dan kekayaan menjadi taruhan. Tidak dapat dinafikan wang juga memainkan peranan penting. Jika kita selidiki, politik wang atau pun rasuah ini telah wujud sejak dulu lagi. Ini dibuktikan dengan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Presiden UMNO dulu di Perhimpunan Agung UMNO yang ke- 35 pada tanggal 25hb. Mei 1984. Beliau berkata, "UMNO sekarang memasuki satu era baru di mana kepentingan diri sendiri nampaknya di berikan keutamaan yang lebih daripada kepentingan parti. Pengunaan wang dan rebutan jawatan di buat dengan wang yang banyak. Penggunaan wang dan perebutan jawatan akan menghancurkan UMNO dan melemahkan orang Melayu.” Ini merupakan satu gelombang yang menyedihkan apabila pemimpin kini sudah mula lupa akan jati diri sendiri dan sanggup mengadai maruah demi wang yang sedikit. Pelbagai persoalan timbul adakah UMNO masih relevan pada masa kini? Permasalahan yang paling jelas mengenai politik wang ini adalah asas perjuangan nasionalis UMNO sudah tidak lagi relevan dalam dunia kini. Semangat nasionalis UMNO telah sedikit sebanyak membawa kehancuran didalam UMNO sendiri kerana jati diri pemimpinnya hanya berpanjikan nasionalis sahaja. UMNO seharusnya mengambil langkah drastik dengan menjadi agama islam sebagai asas dalam perjuangan sebenar mereka bagi mengantikan semangat nasionalis yang semakin hari semakin menyimpang dari haluan sebenar. Pemimpin UMNO dulu dan sekarang jelas berbeza latar belakang. Di era Tun Ghafar Baba rata-rata pemimpin UMNO pada ketika itu adalah golongan pendidik yang difikiran mereka sentiasa memikirkan ilmu dan kini berbeza sekali apabila pemimpin UMNO kini terdiri dari melayu kontraktor kelas F dimana difikiran mereka wang menjadi isu utama. Sedih dan hampa, itulah yang boleh dikatakan apabila parti yang dahulunya membawa Malaysia merdeka kini layu akibat kerakusan ahlinya sendiri. Terfikir sejenak keadaan UMNO ini boleh digambarkan seperti petani dimana keadaan UMNO diera Tunku Abd Rahman adalah dimusim menanam dimana Tunku perlu mencari benih yang baik untuk dimakan oleh anak cucu manakala diera Tun Razak dan Tun Hussein dimusim membaja dimana tugas utama kedua-dua pemimpin adalah untuk memastikan pokok yang ditanam oleh Tunku segar dan boleh membesar dengan baik dan diera Tun Mahathir dan Pak Lah ialah musim menuai dan mengutip hasil tanaman hasil jagaan pemimpin terdahulu. Kebiasaan bagi petani dimusim menuai menjadikan mereka sedikit alpa atas kesenangan sehingga lupa untuk menanam semula. Fikir-fikrkanlah....

AKUMELAYU...?

4 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

ada orang kata UMNO dah tak relevan? macam kain putih yang dah teruk dipalit taik.Nak cuci pun dah susah coz banyak sangat taiknye. So diorang kate lebih baik buang je dalam tong. so camne? takkan nak join parti mahasiswa?..haha.

kite buat parti baru!

aku melayu..? said...

salam..
huhu~
bahaya nie.. slap2 ISA nt..
actly, persoalaan mengenai relevan sesuatu parti itu adlh suatu yg subjektif n kdg2 ianya bermusim gak..
idea sal parti mahasiswa..
haha(speechless)

anis shafikah said...

sungguh semangat encik syafiq :p

aku melayu..? said...

mmg la kne semangat ckit anis..
huhu~