Tuesday, December 16, 2008

Hala Tuju Politik Negara: Bullshit Retorik!!!


Terdetik rasa sedih di hati bila membaca kisah suka duka di dalam politik UMNO rasa kesedihan dan kekecewaan kerana sebuah parti yang bertunjangkan Melayu Bumiputera seakan-akan menunggu retak yang mungkin tiba…. Itu mungkin nurkilan seorang nasionalis yang cintakan UMNO. Dikala Najib telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO seolah-olah telah memberikan tamparan hebat didalam kancah politik Malaysia.


1. Ramai yang berpendapat tindakan yang dilakukan oleh Najib adalah suatu tindakan yang berani tetapi apakah rasionalnya beliau berbuat demikian? Adakah beliau sekadar tertekan dengan permintaan kroni-kroninya yang inginkan beliau berkuasa agar mudah untuk mereka mendapat projek-projek mega yang kini seakan-akan syurga bagi sesetengah umat Islam? Persoalan itu mungkin sudah menjadi klise tetapi ianya harus dijawab oleh Najib sendiri.


2. Mungkin berat untuk Pak Lah menerima hakikat yang beliau akan jatuh tersungkur tanpa sebarang sokongan dari orang kepercayaanya sendiri. Teringat kata-kata Ku Li disuatu majlis, beliau menyatakan tindakan Pak Lah dengan meletakkan “Date Line” untuk pemerintahannya suatu tindakan yang berani kerana ianya belum pernah dipraktikkan sebelum ini. Adakah ini menjadi trend baru dimana sudah ada tarikh pencen bagi seorang Perdana Menteri di Malaysia?


3. Sudah menjadi lumrah didalam politik UMNO yang kawan menjadi lawan dan yang lawan menjadi kawan ddalam sekelip mata sahaja. Dikala pra-kejatuhan UMNO ini hanya seorang individu sahaja yang mendapat keuntungan iaitu Anwar yang sudah lama menangguk di air yang keruh. Malang bagi Malaysia jika kita tidak dapat seorang pemimpin yang berwibawa yang akan memacu pembangunan negara.


4. Disebelah pihak pula telah mula berbisik yang siapa akan jadi Pak Menteri seterusnya. Dengan membawa slogan Anti-Rasuah mereka telah berjaya mendapatkan hati rakyat Malaysia amnya dan dengan menabur janji-janji manis mereka. Adakah negara yang bebas dari rasuah akan terhasil sekiranya Anwar menjadi pemimpin? Itu adalah persoalan yang harus dijawab oleh Anwar sendiri kerana beliau sendiri sudah terkenal didalam UMNO sebagai seorang “Yes Sir” ketika regim Dr.M suatu ketika dulu.


Persoalan demi persoalan sentiasa bermain difikiran kita sehingga menyebabkan pelabur-pelabur asing mula takut melabur di Malaysia kerana ketidakstabilan politik tanah air. Suatu yang harus dipertimbangkan bahawa pemulihan UMNO dan bangsa Melayu harus dibincangkan dengan lebih mendalam agar bangsa lain tidak terus mengaut keuntungan dari kebodohan kita sendiri.

AKUMELAYU..?

5 comments:

haziq said...

Apa yang penting kini, hal perpaduan kaum, kita tidak mahu 13 mei berulang. Ahli politik juga sedar akan situasi yang hangat dengan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang terumbang-ambing. Melayu pula yang extrimist dengan parti politik menyebabkan persengketaan di 3 penjuru, UMNO, PAS dan PKR. Saling menuding jari, semua mahukan kuasa. Tetapi, yang dianiaya, Melayu sendiri. UMNO perlu berubah menjadi satu pertubuhan yang kukuh, memilih mereka yang boleh memimpin, dan bukannya atas alasan populariti mahupun kroni. Rakyat melihat, rakyat yang memangkah. Buang sikap angkuhmu wahai ahli UMNO yang terbukti pada pilihanraya yang lepas bahawa tidak ada negeri yang akan jatuh. Jelas, keris lebih tajam dari pen, rakyat hanya memangkah. Tumbang 4 negeri. Penang, perak, selangor dan kelantan. Setelah itu baru tergesa2 cuba mengambil hati rakyat. Pelajari dari sejarah, UMNO untuk menerajui negara, dan bukannya sebab kekayaan. Dan UMNO jangan terlalu yakin bahawa Melayu akan menjadi PM sepanjang masa. kita lihat Amerika, kulit hitam mula memimpin, sesuatu yang mengejutkan dan kita puji, dan tiada dalam perlembagaan menyatakan cina dan india tidak boleh menjadi PM. Ia hanya tercatat 'rakyat malaysia'.

haziq said...

5 negeri la : Perak, penang, kelantan, selangor n kedah.

aku melayu..? said...

salam..
brilliant idea..
tp ble kte mule berckap mengenai perpaduan kaum ianya bkn 1 perkre yg mudah.. jika kite bandingkan msia dgn us mst la sesuatu yg tidak adil..
ini kerana us megambil mse beratus taun utk memilih kulit hitam menjadi pemimpin dan msia bru berusia separuh dr itu.

haziq said...

munkin tidak. Lihat apa terjadi kepada perak. Jika parti DAP menang majoriti, siapakah yang menyatakan tidak? Nasib baik Sultan tidak restu namun MB sekarang hanya boneka cina. Berapa ribu ekar tanah telah diberikan kpd cina? 1 Negeri telah bermula. Penang sudah semestinya. KL dikuasai DAP (tempat aku pun DAP). (Tp bagi aku sama je, tiada perubahan, sama je sape yang berkuasa).

Silap utk yg 1st comment 'pen lagi tajam dari keris'. Hal ini sebab hishamudin ketika persidangan UMNO menghunus keris menyatakan ketuanan melayu, apakah agaknya bangsa lain rasa, senang mereka hanya pangkah.

Rakyat kini sudah berpelajaran, internet, blog. 5 tahun diberi peluang, xbaik, rakyat tukar. Rakyat bukan hanya Melayu. Melayu pula, mahukah pilih calon melayu yang tak berwibawa memimpin atau memilih bangsa lain yang lebih layak? Atau melayu dengan pegangan 'ketuanan melayu'? Pilih kaum sendiri sebab mereka tuan tanah?

Atau perlukah disaat ini kita mansuhkan pegangan kaum, tapi hidup dengan 1 bangsa... iaitu bangsa Malaysia.

Daddy said...

Assalamualaikum...

Selagi ada BN selagi tu mustahil ada perpaduan dan sentiasa ada prejudis antara kaum.. Sebab apa?? sebab BN sedang bersatu dengan kepala-kepala kaum untuk memporak peranda rakyat dan terus berkuasa.. Jangan bersatu kerana bangsa tapi bersatu kerana Islam..

Sekian Wassalam..