Tuesday, December 16, 2008

Hala Tuju Politik Negara: Bullshit Retorik!!!


Terdetik rasa sedih di hati bila membaca kisah suka duka di dalam politik UMNO rasa kesedihan dan kekecewaan kerana sebuah parti yang bertunjangkan Melayu Bumiputera seakan-akan menunggu retak yang mungkin tiba…. Itu mungkin nurkilan seorang nasionalis yang cintakan UMNO. Dikala Najib telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO seolah-olah telah memberikan tamparan hebat didalam kancah politik Malaysia.


1. Ramai yang berpendapat tindakan yang dilakukan oleh Najib adalah suatu tindakan yang berani tetapi apakah rasionalnya beliau berbuat demikian? Adakah beliau sekadar tertekan dengan permintaan kroni-kroninya yang inginkan beliau berkuasa agar mudah untuk mereka mendapat projek-projek mega yang kini seakan-akan syurga bagi sesetengah umat Islam? Persoalan itu mungkin sudah menjadi klise tetapi ianya harus dijawab oleh Najib sendiri.


2. Mungkin berat untuk Pak Lah menerima hakikat yang beliau akan jatuh tersungkur tanpa sebarang sokongan dari orang kepercayaanya sendiri. Teringat kata-kata Ku Li disuatu majlis, beliau menyatakan tindakan Pak Lah dengan meletakkan “Date Line” untuk pemerintahannya suatu tindakan yang berani kerana ianya belum pernah dipraktikkan sebelum ini. Adakah ini menjadi trend baru dimana sudah ada tarikh pencen bagi seorang Perdana Menteri di Malaysia?


3. Sudah menjadi lumrah didalam politik UMNO yang kawan menjadi lawan dan yang lawan menjadi kawan ddalam sekelip mata sahaja. Dikala pra-kejatuhan UMNO ini hanya seorang individu sahaja yang mendapat keuntungan iaitu Anwar yang sudah lama menangguk di air yang keruh. Malang bagi Malaysia jika kita tidak dapat seorang pemimpin yang berwibawa yang akan memacu pembangunan negara.


4. Disebelah pihak pula telah mula berbisik yang siapa akan jadi Pak Menteri seterusnya. Dengan membawa slogan Anti-Rasuah mereka telah berjaya mendapatkan hati rakyat Malaysia amnya dan dengan menabur janji-janji manis mereka. Adakah negara yang bebas dari rasuah akan terhasil sekiranya Anwar menjadi pemimpin? Itu adalah persoalan yang harus dijawab oleh Anwar sendiri kerana beliau sendiri sudah terkenal didalam UMNO sebagai seorang “Yes Sir” ketika regim Dr.M suatu ketika dulu.


Persoalan demi persoalan sentiasa bermain difikiran kita sehingga menyebabkan pelabur-pelabur asing mula takut melabur di Malaysia kerana ketidakstabilan politik tanah air. Suatu yang harus dipertimbangkan bahawa pemulihan UMNO dan bangsa Melayu harus dibincangkan dengan lebih mendalam agar bangsa lain tidak terus mengaut keuntungan dari kebodohan kita sendiri.

AKUMELAYU..?

Friday, December 12, 2008

UMNO yang tidak sudah..!!!

Salam, ini merupakan sebingkas kata jujur dari saya mengenai politik UMNO kini.. Sebarang bantahan dan perbezaan pendapat komen anda amat lah saya hargai..

Kehangatan pemilihan pucuk pimpinan UMNO baru-baru ini sudah cukup untuk menceritakan pahit getir perjuangan politik pemimpin kini. Jatuh bagun seseorang pemimpin amat berkait rapat dengan kebolehan dan kekuatan pemimpin itu sendiri disampin wang dan kekayaan menjadi taruhan. Tidak dapat dinafikan wang juga memainkan peranan penting. Jika kita selidiki, politik wang atau pun rasuah ini telah wujud sejak dulu lagi. Ini dibuktikan dengan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Presiden UMNO dulu di Perhimpunan Agung UMNO yang ke- 35 pada tanggal 25hb. Mei 1984. Beliau berkata, "UMNO sekarang memasuki satu era baru di mana kepentingan diri sendiri nampaknya di berikan keutamaan yang lebih daripada kepentingan parti. Pengunaan wang dan rebutan jawatan di buat dengan wang yang banyak. Penggunaan wang dan perebutan jawatan akan menghancurkan UMNO dan melemahkan orang Melayu.” Ini merupakan satu gelombang yang menyedihkan apabila pemimpin kini sudah mula lupa akan jati diri sendiri dan sanggup mengadai maruah demi wang yang sedikit. Pelbagai persoalan timbul adakah UMNO masih relevan pada masa kini? Permasalahan yang paling jelas mengenai politik wang ini adalah asas perjuangan nasionalis UMNO sudah tidak lagi relevan dalam dunia kini. Semangat nasionalis UMNO telah sedikit sebanyak membawa kehancuran didalam UMNO sendiri kerana jati diri pemimpinnya hanya berpanjikan nasionalis sahaja. UMNO seharusnya mengambil langkah drastik dengan menjadi agama islam sebagai asas dalam perjuangan sebenar mereka bagi mengantikan semangat nasionalis yang semakin hari semakin menyimpang dari haluan sebenar. Pemimpin UMNO dulu dan sekarang jelas berbeza latar belakang. Di era Tun Ghafar Baba rata-rata pemimpin UMNO pada ketika itu adalah golongan pendidik yang difikiran mereka sentiasa memikirkan ilmu dan kini berbeza sekali apabila pemimpin UMNO kini terdiri dari melayu kontraktor kelas F dimana difikiran mereka wang menjadi isu utama. Sedih dan hampa, itulah yang boleh dikatakan apabila parti yang dahulunya membawa Malaysia merdeka kini layu akibat kerakusan ahlinya sendiri. Terfikir sejenak keadaan UMNO ini boleh digambarkan seperti petani dimana keadaan UMNO diera Tunku Abd Rahman adalah dimusim menanam dimana Tunku perlu mencari benih yang baik untuk dimakan oleh anak cucu manakala diera Tun Razak dan Tun Hussein dimusim membaja dimana tugas utama kedua-dua pemimpin adalah untuk memastikan pokok yang ditanam oleh Tunku segar dan boleh membesar dengan baik dan diera Tun Mahathir dan Pak Lah ialah musim menuai dan mengutip hasil tanaman hasil jagaan pemimpin terdahulu. Kebiasaan bagi petani dimusim menuai menjadikan mereka sedikit alpa atas kesenangan sehingga lupa untuk menanam semula. Fikir-fikrkanlah....

AKUMELAYU...?

Wednesday, December 10, 2008

Ketuanan Melayu satu perjuangan yang belum selesai...


Othman Mansor didalam artikelnye pernah meyuarakan pendapat mengenai perbezaan diantara President US dan Perdana Menteri Malaysia. Di antara perbezaan yang ketara adalah tanggungjawab President US (Barack Hussein Obama) tidak mempunyai beban untuk menjaga sesuatu kaum walaupun Obama mewakili kaum kulit hitam di US tetapi ianya amat berbeza sama sekali dgn suasana di Malaysia dimana Pak Lah perlu menjaga aspek ketuanan melayu. Persoalan mengenai sejauh mana pentingnya ketuanan melayu dan adakah melayu di Malaysia benar-benar mempunyai ketuanan tersebut? Itu adalah beberapa persoalan yang timbul oleh rakyat malaysia sendiri akibat kecelaruan yang timbul kerana terlalu banyak pandangan dan fakta yang tidak tepat mengenai ketuanan melayu diutarakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak dapat dinafikan bahawa ketuanan melayu memainkan aspek penting bagi pembangunan bangsa melayu itu sendiri. Tanpanya melayu tidak akan bersatu dan tanpanya juga melayu akan terus lena diulit mimpi. Apabila kaum bukan melayu sudah mula mempertikaikan ketuanan melayu dan sudah berani untuk mencabar Artikel 153 melayu secara asasnya sudah mula bersatu sedikit demi sedikit tanpa mengira ideologi politik terbabit. Kesan daripada pertikaian yang timbul kini kebanyakan melayu sudah mula mengetahui erti sebenar ketuanan melayu. Lim Kit Siang di dalam blognya (http://blog.limkitsiang.com/2008/02/07/a-malay-view-of-ketuanan-melayu/) secara lantang menyatakan bahawa ketuanan melayu hanya sekadar falsafah semata-mata. Secara tersuratnya ia seakan-akan benar tetapi secara tersiratnya ketuanan melayu boleh menjadi salah satu medium perpaduan melayu itu sendiri. Apa yang perlu dilakukan oleh Melayu kini adalah menjadi berani dan tidak gentar akan ancaman kaum lain kerana melayu kini hanya berperang dengan diri mereka sendiri. Perpaduan dikalangan melayu sendiri harus menjadi batu asas bagi penyatuan bangsa melayu. Tengku Muhammad Faris Petra bertitah “Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat di antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkai menerusi satu muzakarah yang diadakan secara tertutup, berhemah dan bijaksana”. Ianya sudah jelas lagi bersuluh bahawa pemimpin melayu harus mengenepikan segala ideology politik bagi bersama-sama menjaga kepentingan melayu. AKUMELAYU?