Saturday, May 9, 2009

Alahai, Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz


"Saya membuat teguran paling besar yang saya cetuskan dalam hidup, apabila saya melihat ayah saya yang telah tua dan memberi kepercayaan kepada anak buahnya. Tetapi saya melihat unsur penipuan yang tidak jelas berlaku, maka saya terpaksa minta kepada Allah ketika ayah di Mekah untuk tunjukkan saya nasihat berguna” Nik Abduh Nik Aziz Nik Mat (Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 pada 9 Mei 2009)

Aduh, ini satu lagi nukilan cerita dari pantai timur. Bosan bercerita mengenai peragai kerajaan kini beralih pula kepada kemelut politik didalam pembangkang pula. Petikan artikel itu diambil bagi membangkitkan persoalan. Apakah yang dimaksudkan penipuan yang tidak jelas berlaku didalam Pas? Timbul pertanyaan adakah Pas sudah semakin hampir kepada perangai jahiliah UMNO yang begitu gilakan kuasa. Sebagai sebuah parti yang bernamakan Islam mereka harus lebih berhati-hati ketika berbicara agar ianya tidak disalah anggap. Teguran terbuka untuk Nik Abduh. Sebagai pemimpin muda marah dan emosi adalah senjata yang akan memusnahkan lawan dan juga diri sendiri. Prinsip musyawarah didalam Islam semakin dilupakan. Teguran ini juga ditujukan kepada semua pemimpin yang mempunyai “bin” dan “binti”. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan lupakanlah sejenak pengaruh duniawi.

By: AKUMELAYU...?



Siapa Lanun Bermata Dua?


Salam kebosanan,

Penat, bosan, muak dan kacau bila memikirkan suasana politik tanah air. Kehadiran Perdana Menteri baru dilihat banyak pihak sebagai satu transformasi politik yang besar. Terbaru kekecohan yang berlaku di Perak.

Salah siapa?

Satu persoalan yang sangat sukar untuk dijawab tetapi kita harus sedar bahawa ahli politik bukanlah dewa untuk diagungkan dan bukan juga wali untuk dipercayai. Ramai yang berkata politik di Perak adalah Politik Rimba. Terfikir sejenak, apa politik rimba ini adakah sama seperti di zaman lanun dimana kapal dirampas menggunakan senjata.

Apa bezanya di Malaysia?

Bezanya adalah lanun sekarang tidak dipanggil lanun tetapi dipanggil YB dan lanun sekarang juga bermata dua. Tidak banyak bezanya dengan zaman lanun. Aku sudah mula tidak percaya kepada lanun-lanun ini. Macam mana dieorang nak buat undang-undang? Sekolah habis ke tidak? Ataupun soalan yang mungkin ditanya dieorang semua ini bertamadun ke tidak. Sesungguhnya cikgu saya Muhammad S.A.W tidak pernah mengajar saya mengguna kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Atau adakah mungkin mereka mempunyai cikgu yang lain. Ayah pin kot.......

By: AKUMELAYU...?


Wednesday, April 8, 2009

Najib tersungkur di 2 BUKIT & bangkit di 1 BATANG



Kekalahan besar BN dalam by-election memberi satu gambaran jelas. Justeru ini adalah pesanan ringkas untuk Perdana Menteri baru saya..!!! Kami tidak bodoh dan tidak mahu terus diperbodohkan. Najib mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan hak rakyat dan apa yang lebih penting keyakinan dan hati rakyat harus diambil kira. Retorik kerajaan bebas rasuah terus dinantikan dan apa yang lebih penting bebas dari kronisme. Tunggu dan lihat barisan baru kabinet Najib Tun Razak.

AKUMELAYU...?

Sunday, March 15, 2009

Mencari khalifah dibumi YAHUDI



Salam muafakat,

Menjelang pilihan raya kecil tidak lama lagi pelbagai persoalan yang dapat dirungkaikan. Antara persoalan ialah “Siapakah pemimpin seterusnya?”, “Apakah ciri-ciri pemimpin yang harus ada?”. Sebagai seorang mukmin kita tidak dapat lari dari tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah S.W.T ini. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 28 “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), bukan orang-orang mukmin. Barang siapa memperbuat demikian, bukanlah ia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar-benarnya takut”. Allah S.W.T telah memberikan kita satu petunjuk yang jelas sekali mengenai ciri-ciri pemimpin yang harus ada. Jika kita menjadikan firman Allah S.W.T sebagai pedoman dan cara hidup nescaya masalah kepimpinan yang wujud kini tidak berluasa. Isu yang wujud kini adalah mengenai lompat parti dan isu ini wujud kerana kurangnya jati diri dan nilai agama dikalangan pemimpin Islam sendiri. Kenapakah Allah S.W.T menyarankan agar kita memilih pemimpin berdasarkan agamanya? Ini kerana didalam Islam sendiri kita disarankan untuk memilih ketua untuk setiap perkara bagi mengelakkan sebarang pertelagahan timbul. Pemimpin yang menjadikan agama sebagai cara hidupnya akan memandu pengikutnya ke jalan syurga Allah S.W.T. Timbul pula persoalan “macam mana kalo kat tempat aku calon cina dan india yang tak beragama Islam? Xda calon muslim?” Jika persoalan ini timbul maka yang seterusnya harus dilihat adalah tampuk pimpinan parti yang dipilih. Adakah ianya bertunjangkan Islam atau sebaliknya. Pandangan yang menyatakan isu ini akan menimbulkan ketidakadilan dan penzaliman, firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 “Allah S.W.T tidak melarang kamu memperbuat kebaikan dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tiada memerangi kamu” Jelaslah, jika human right dan equality yang dicari maka Islam adalah agama yang sebenar-benarnya memperjuangkannya. Fikir-fikirkanlah...

(Tafsir telah dipetik dari Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus cetakan ke-19)

AKUMELAYU...?

Saturday, February 14, 2009

Ancaman Orang Muda


Salam muslimim & Muslimat

Teringat hadis Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa “diakhir zaman nanti satu sifat akan wujud dikalangan umat aku. Sahabat bertanya apakah ya Rasulullah S.A.W?. Baginda menjawab sifat itu ialah al-wahn. Sahabat bertanyakan lagi apakah al-wahn itu? Baginda menjawab al-wahn itu ialah sifat cintakan dunia dan takutkan mati. Itu adalah antara nukilan kata yang hadir di bibir Rasulullah S.A.W. Ironinya masa kini sifat yang dinyatakan Rasulullah S.A.W itu hadir apabila umat Islam masa kini menjadi begitu liberal dikala membahaskan mengenai hukum dan undang-undang islam. Apabila kaum tua menegur kaum muda pelbagai tohmahan timbul kononnya mereka telah menyekat pemikiran kaum muda dan tidak berfikiran jauh dan mudur kebelakang. Sejauh mana kebenaran tohmahan ini? Firman Allah S.W.T “orang tua laki-laki dan orang tua perempuan apabila kedua-duanya berzina, maka rejamlah mereka itu" Ayat tersebut jelas sekali menyatakan perintah Allah S.W.T mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan hukuman Allah S.W.T. Jelaslah, disini kehadiran kaum tua tidak lain adalah sebagai check and balance kepada kaum muda dan kaum muda tidak haruslah mempertikaikan teguran oleh kaum tua tersebut kerana ianya merupakan tanggungjawab kepada mereka. Firman Allah S.W.T lagi “ambillah kitab ini dengan bersungguh-sungguh” [surah maryam(19):12] semakin jelas menunjukkan titah dan perintah Allah S.W.T kepada hambanya supaya mentaati suruhan dan ajarannya. Sejauhmana firman Allah S.W.T ini dijadikan pedoman kepada umat Islam masa kini. Sama-samalah kita fikirkan.

(Further reading: Kitab Al-Azkar by Al-Imam Al-Nawawi)

Hamba Allah S.W.T yang kerdil...

To Islam with Love

By: AKUMELAYU...?


Wednesday, February 11, 2009

Aku bodoh..!!!

Salam, ribuan maaf diatas kekasaran bahasa... Sesungguhnya tiada nurkilan yang lebih indah dapat dinyatakan dikala rakyat terus dipermainkan...

Sejak kebelakangan ini pelbagai polemik timbul di Perak. Umum mengetahui apa yang telah berlaku di Perak dimana pemecatan Menteri Besar Perak Datuk Ir Nizar oleh “undi tidak percaya”. Pelbagai persoalan bermain difikiran:-


1. Dimanakah letaknya maruah pemimpin kini? Begitu mudah untuk di jual beli.

2. Sekalung tahniah kepada kerajaan baru BN yang ternyata lebih kaya berbanding Anwar. Sesungguhnya Anwar mempunyai sense of humor (sifat sebagai seorang pelawak) apabila beliau mengkritik BN kerana membeli YB di Perak kerana Anwarlah yang membuka gelanggang perlawanan ini.

3. Penafian secara terbuka hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin sendiri. Mungkin, tindakan lompat parti ini dilakukan kerana pemimpin ini merasakan mereka mempunyai hak didalam perlembagaan dibawah perkara 10 (http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia) dimana menghalalkan YB untuk lompat parti? Sungguh menyedihkan, rakyat Malaysia seolah-olah telah diperbodohkan oleh alasan seumpama ini kerana apa yang lebih penting adalah hak rakyat secara umum untuk memilih pemimpin sendiri.

Persoalan yang sebenar adalah, rakyat ditipu dan diperbodohkan? Hak rakyat untuk memilih pemimpin telah dipertikaikan. Dimana perginya keadilan? Dimana perginya islam hadhari? Dimana perginya tuan guru? Dikala kita asyik oleh media yang begitu bias kita terlupa yang kita telah diperbodohkan. Perbuatan melompat parti ternyata sekali tidak bermoral dan undang-undang untuk anti lompat parti harus digubal dengan segera. Kita tidak mahu melahirkan katak yang pandai berkata-kata, kita tidak mahu melahirkan pelacur politik yang begitu mudah dibeli.

Tidak kira pembangkang atau kerajaan, lupakan sejenak ideologi politik dan bersama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak, hapuskan saja pilihanraya (kononnya hak rakyat) kerana lebih mudah jika kita adakan saja bidaan, sesiapa yang mempunyai duit yang lebih dia mampu membeli kerusi Parlimen.


KEMBALIKAN HAK RAKYAT..!!!

Wednesday, January 14, 2009

Anjing Biadab....

Salam muafakat,

Disini saya hanya ingin berkongsi sedikit berita dan saya amat harapkan pandangan dari anda semua..

“Karpal said his position on hudud had been consistent with what the party had stood for over the last 20 years. "We subscribe to a Supreme Court ruling in 1988 that Malaysia is a secular state and the Constitution is the supreme law of the land." Futher reading, (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2453356/Article/index_html)
Ini adalah diantara bingkasan kata dari Karpal singh mengenai isu Hudud dan beberapa persoalan bermain difikiran:

1. Sejauh manakah pemahaman Karpal Singh mengenai Hudud? Adakah beliau hanya tahu mengenai hukuman potong tangan semata-mata?

2. Apakah reaksi Anwar Ibrahim sebagai de factor Pakatan Rakyat dan juga sebagai seorang ISLAM yang harus menegakkan agamanya? Adakah beliau sendiri takut untuk mempertahankan agamanya dengan tidak memberi sebarang respon agar cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai?

3. Sejauh manakah Perkara 3 didalam perlembagaan persekutuan dijadikan mainan politik dan adakah peristiwa hitam 1988 terus dijadikan kitab dan sumber rujukan (binding precedent) umat islam sendiri?

4. Dimananya letaknya pendirian pemimpin Pas yang mengelarkan dirinya sebagai Ulama dan alim apabila Karpal Singh yang merupakan sekutu mereka menyatakan kebiadabannya terhadap Islam?

Semua persoalan ini harus dijawab oleh umat Islam amnya dan satu langkah yang proaktif harus diambil, benar kata Nik Aziz “Tanggungjawab untuk menjaga agama Islam bukan hanya terletak kepada Pas semata-mata tetapi ianya harus dipikul oleh semua umat Islam” dan disini saya ingin mengariskan beberapa cadangan:

1. Memperkenalkan mata pelajaran Hudud diperingkat sekolah rendah lagi agar pemahaman generasi muda terhadap Hudud lebih luas dan jelas.

2. Memperkasakan Majlis Fatwa sebagai sebuah badan pengubal undang-undang yang di iktiraf oleh semua umat Islam dan ianya harus dimartabatkan dan mempunyai kuasa yang sama seperti parlimen.

3. Penjelasan yang lebih efektif terhadap sesuatu fatwa yang dibuat dan ditetapkan.

4. Memperjelaskan kepada kaum bukan Islam bahwa Hudud ini HANYA untuk orang Islam dan kaum bukan islam boleh meneruskan undang-undang sivil seperti sekarang.

Fikir-fikirkanlah....

AKUMELAYU...?