Disini saya hanya ingin berkongsi sedikit berita dan saya amat harapkan pandangan dari anda semua..
“Karpal said his position on hudud had been consistent with what the party had stood for over the last 20 years. "We subscribe to a Supreme Court ruling in 1988 that Malaysia is a secular state and the Constitution is the supreme law of the land." Futher reading, (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2453356/Article/index_html)
Ini adalah diantara bingkasan kata dari Karpal singh mengenai isu Hudud dan beberapa persoalan bermain difikiran:
1. Sejauh manakah pemahaman Karpal Singh mengenai Hudud? Adakah beliau hanya tahu mengenai hukuman potong tangan semata-mata?
2. Apakah reaksi Anwar Ibrahim sebagai de factor Pakatan Rakyat dan juga sebagai seorang ISLAM yang harus menegakkan agamanya? Adakah beliau sendiri takut untuk mempertahankan agamanya dengan tidak memberi sebarang respon agar cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai?
3. Sejauh manakah Perkara 3 didalam perlembagaan persekutuan dijadikan mainan politik dan adakah peristiwa hitam 1988 terus dijadikan kitab dan sumber rujukan (binding precedent) umat islam sendiri?
4. Dimananya letaknya pendirian pemimpin Pas yang mengelarkan dirinya sebagai Ulama dan alim apabila Karpal Singh yang merupakan sekutu mereka menyatakan kebiadabannya terhadap Islam?
Semua persoalan ini harus dijawab oleh umat Islam amnya dan satu langkah yang proaktif harus diambil, benar kata Nik Aziz “Tanggungjawab untuk menjaga agama Islam bukan hanya terletak kepada Pas semata-mata tetapi ianya harus dipikul oleh semua umat Islam” dan disini saya ingin mengariskan beberapa cadangan:
1. Memperkenalkan mata pelajaran Hudud diperingkat sekolah rendah lagi agar pemahaman generasi muda terhadap Hudud lebih luas dan jelas.
2. Memperkasakan Majlis Fatwa sebagai sebuah badan pengubal undang-undang yang di iktiraf oleh semua umat Islam dan ianya harus dimartabatkan dan mempunyai kuasa yang sama seperti parlimen.
3. Penjelasan yang lebih efektif terhadap sesuatu fatwa yang dibuat dan ditetapkan.
4. Memperjelaskan kepada kaum bukan Islam bahwa Hudud ini HANYA untuk orang Islam dan kaum bukan islam boleh meneruskan undang-undang sivil seperti sekarang.
Fikir-fikirkanlah....
AKUMELAYU...?
7 comments:
bro,
ak stuju,
hukum hudud yg sedia ad sdah lengkap.
just go through it.
tkda disini alasan hukuman kejam..
nak jatuhkan hukuman hudud pun bukan senang.
karpal singh perlu tutup mulut dan study dulu pasal hudud.
tp seblom dilaksanakan perlulah diperhebahkan dan diberi penerangan yang secukupnya tentang hudup kpd non muslim.
they do have diferent perspective coz they don't know it.
n muslim too.
ramai lagi org islam sndiri tktau ape tu hudud.
kapal sink, kit siang ---->old generation leaders......sudah expired maa.....hehe
haaaa..
problem skarang tau apa??
nak kasi keyakinan yang hukum hudud niew sesuai ngan hukum sivil.
al maklumlah kalau kita sendiri sebagai orang islam tak mampu nak tunjukan yang sistem hudud tu setanding ngan hukum sivil.
jadi isu ini timbul. Pakatan rakyat atau kerajaan sekarang memainkan peranan nak tunjuk siapa lebih islam!
sekadar pendapat :D
dngan pentadbiran krang mimpila nk apply hukum hudud...
bro..why did that bullshit law manipulator keep struggling about kicking hudud out of legislation..actually this law is not about them, it is all about muslim..but where is our voice, keep nodding without moving hands over our own matter..
to idzuan:
it just need a simple explanation idzuan... they do not understand what hudud really is.. but then they still need to argue to show off n think they are the best..
to faisal:
ianya mengenai kefahaman mengenai Hudud dan persoaln dimana pembangkang & kerajaan ingin menunjukan saper lagi Islam adlah suatu perkare yg "bagus"
to Amirul:
expired but still can talk..
to Dosh:
sy bersetuju bahawa Hudud bukanlah satu undang2 yg kejam aper yg diperlukan adalah understanding bout what Hudud really is..
Terima Kasih diatas komen anda..
may ALLAH S.W.T bless you..
Salam perjuangan,
AKUMELAYU?
Assalamualaikum...
Salam keimanan dan salam kemanusiaan... Pada pandangan saya isu hudud yang sedang tergantung tanpa penyelesaian dalam hubungan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat memerlukan kita semua memahami silat dan seni berpolitik... Saya percaya tujuan utama Karpal Singh membangkitkan penentangan keras mengenai hudud ada kaitan dengan kebimbangan beliau mengenai sokongan orang bukan Islam.. kalau dia berdiam diri maka ada kemungkinan DAP akan kehilangan sokongan dari pengundi bukan Islam yang belum memahami hudud.. Begitu juga dengan parti PAS yang juga menegaskan akan tetap meneruskan dasar memperkenalkan undang-undang Hudud sekalipun memakan masa puluhan tahun.. Ini juga supaya penyokong PAS yakin dengan hasrat dan niat murni PAS. Saya percaya jika semua Orang Islam bersatu mengundi PAS lebih senang kerja PAS. Apa yang penting sekarang kita perlu mencelikkan fikiran orang yang sayang KETUANAN MELAYU supaya sayang kepada KETUANAN ISLAM. Saya juga percaya BN sedang mencari peluang menggunakan isu Hudud untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Apa sekalipun kesabaran dan kefahaman mendalam mengenai apa yang berlaku membolehkan kita selesa dan lebih yakin lagi.
Sekian wassalam...
Post a Comment