Sejak kebelakangan ini pelbagai polemik timbul di Perak. Umum mengetahui apa yang telah berlaku di Perak dimana pemecatan Menteri Besar Perak Datuk Ir Nizar oleh “undi tidak percaya”. Pelbagai persoalan bermain difikiran:-
1. Dimanakah letaknya maruah pemimpin kini? Begitu mudah untuk di jual beli.
2. Sekalung tahniah kepada kerajaan baru BN yang ternyata lebih kaya berbanding Anwar. Sesungguhnya Anwar mempunyai sense of humor (sifat sebagai seorang pelawak) apabila beliau mengkritik BN kerana membeli YB di Perak kerana Anwarlah yang membuka gelanggang perlawanan ini.
3. Penafian secara terbuka hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin sendiri. Mungkin, tindakan lompat parti ini dilakukan kerana pemimpin ini merasakan mereka mempunyai hak didalam perlembagaan dibawah perkara 10 (http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia) dimana menghalalkan YB untuk lompat parti? Sungguh menyedihkan, rakyat Malaysia seolah-olah telah diperbodohkan oleh alasan seumpama ini kerana apa yang lebih penting adalah hak rakyat secara umum untuk memilih pemimpin sendiri.
Persoalan yang sebenar adalah, rakyat ditipu dan diperbodohkan? Hak rakyat untuk memilih pemimpin telah dipertikaikan. Dimana perginya keadilan? Dimana perginya islam hadhari? Dimana perginya tuan guru? Dikala kita asyik oleh media yang begitu bias kita terlupa yang kita telah diperbodohkan. Perbuatan melompat parti ternyata sekali tidak bermoral dan undang-undang untuk anti lompat parti harus digubal dengan segera. Kita tidak mahu melahirkan katak yang pandai berkata-kata, kita tidak mahu melahirkan pelacur politik yang begitu mudah dibeli.
Tidak kira pembangkang atau kerajaan, lupakan sejenak ideologi politik dan bersama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak, hapuskan saja pilihanraya (kononnya hak rakyat) kerana lebih mudah jika kita adakan saja bidaan, sesiapa yang mempunyai duit yang lebih dia mampu membeli kerusi Parlimen.
KEMBALIKAN HAK RAKYAT..!!!
No comments:
Post a Comment