Friday, September 26, 2008

Melayu oh melayu..

This is a request from my fellow friend (Haziq tulang:-). He told me to publish this "pantun"..
so, kepada sesiapa yang xsetuju kmen dlm blog Republic of Malaya k..

MALAYS RATHER HAVE PLEASURE THAN PRESSURE?

i came across at this poem at my lecturer's room, mdm aishah. At first, i thought, ape benda la ni pasal melayu, durh... bout the case UiTM n Bumiputera, kecoh satu negara. So everyone have their opinion, i keep mine, takot kene pukul or masuk ISA.. hhahahahha.
So this is the 'sajak'

Di mana boleh cari ramai melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di JOM HEBOH orang melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al-Quran dan sunnah ku
al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma hafal nak halau hantu

6 comments:

Dare To Dream said...

dalam maksudnye tu
nicely done.

Anonymous said...

thats only what a malay boy think about malays..

bukan semua melayu itu sama dan yg pasti dalam tiap bangsa yg wujud di muka bumi punya golongan pemalas dan pencemar nama bangsa itu,black goat erk..?
setiap bangsa ada pemalas, ada penjenayah, dan ada yg hipokrit...opss

haziq said...

bukan semua. Benar. Tapi yg 'bukan semua itulah yang sedar dimana dia berdiri'. Yg sedar ni pula ada inisiatifkah untuk menegur mereka yg kononnye sesat? Tapi realiti di malaysia, Memang Melayu segalanya. Boleh saudara luangkan masa di hujung minggu ke bandar besar, bersepah anak melayu berpeleseran. APA KEJADAHNYA? mana pergi anak cina dan india? Terkinja-kinja dengan tarian shuffle-nya di tepi jalan. Berpelukan, eh bukan melayu diliputi dengan agama Islam? Berpakaian tidak senonoh. Antaranya. Tapi benar bukan semua, tetapi majoriti.

Anonymous said...

mmg,x dnafikn,,melayu mkn mundur,bkn nk mmprkclkn mlyu,tp 2 la kyataan,,rmai mlyu lpe dri,lpe agme dn lpe hrge dri,,tp prcyela,,dlm sume prgai 2,ade 1 skp mlyu yg tdk brubh,iaitu semangat bgse sndiri,,cbe fkrkn,di saat mlyu hmpir2 brgdoh dgn kaum lain,mlyu tdk brdiam dri,,dn xdnfikn,kbyknnye yg trlbt adlh dr golongan rmaje,dn utk pengetahuan,bkn mlyu je yg jht d malaysia nie,tp kite nie sme je sbnrnye ngn bgse lain,,yg mnjdi mslh skg,knpe kte mmgg kpde konsep perkaumn,,n knpe tdk mmgg kpde konsep perpaduan,,??erm akhir kte,klu da tw mlyu mkn mundur,knpe rmai phk brdiam dri???trutme kaum mlyu sndri,,jd jgn nk tunding jari pd kaum sndri,,!

aku melayu..? said...

salam..
pelbagai pendapat telah dilaungkan tp sedar kah kita yg selama ini kita asyk bergaduh sesama sendiri untuk kepentingan hanya "sesetengah" melayu sahaja..
pantun tersebut buknlah bertujuan utk menyalahkan melayu tetapi utk menyedarkan melayu sendiri..
alhamdulliah spt kmen seblmnya mereka sedar akn erti perpaduan tp persoalan pokok disini bagaimana utk mencapainya?
xperlulah kita mengambil falsafah cina, ideologi aristotle tp sudh cukp dgn brpegang kpd al-quran & hadis.. apakah erti melayu dlm pendefinisian saudari & saudara tanpa islam didalamnya..
adakah melayu hari ini sudh lupa persoalan pokok iaitu agama..
kita akan menyalahkan mufti jika mengeluarkan fatwa yg kononnya kolot..
sedarkah saudara & saudari sifat itulah yg menyebabkan ank muda melayu lupa jati diri..

sekian..

(to solidarity with ISLAM)

haziq said...

Mengapa org melayu terdahulu, berpadu? Maju? Patriotik? Sebab org dulu tak membezakan kaum india, cina dan melayu. Belajar dalam bahasa inggeris. 1 language for all. Tp sebab politik, semua berubah. Org melayu dgn melayu, cina dgn sekolah mereka, india pula dgn sekolah tamil. Mengapa? Tanya org tua dulu2, nak merdeka, semua berpadu. Tak seperti sekarang terburu2 lontarkan kata2 tidak masuk akal sehingga kaum bermusuhan. Kalau ada perpaduan, adalah kemajuan. Kita belajar antara satu sama lain. Melayu pula tak perlu ungkit 'ini tanah melayu'. Org dulu tak pernah ungkit. Mereka ungkit kepada penjajah sahaja. Org dulu mahu KEMERDEKAAN. Hidup berbilang bangsa dan aman. Mengapa TUN M kata melayu mudah lupa? sebab tak tau sejarah melayu sendiri. Generasi kini yang hancurkan kaum. Tidak seperti dahulu.