Terkenang kisah sekumpulan mahasiswa yang berkumpul dihadapan pejabat menteri pengajian tinggu baru-baru ini sambil melaung-laungkan slogan “student power” dan membawa sepanduk sebagai tanda bantahan kepada kelewatan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang sepatutnya berlansung di dalam masa terdekat ini. Penggunaan kata "student power" seolah-olah memberikan satu rasa yang penuh bersemangat di jiwa setiap mahasiswa yang hadir pada bantahan tersebut. Apabila mendengar laungan anak muda yang melaungkan slogan "student power saya teringat sebuah artikel karya seorang aktivis yang radikal Jost Turner didalam karya beliau yang bertajuk Is "White Power" really the answer to the survival of our race? Untuk pengetahuan, White Power merupakan satu gerakan radikal di Eropah yang berpanji dan bertunjangkan kepada semangat perkauman yang di monopoli oleh golongan kulit putih di Erorah dan berleluasa di Amerika. Semangat yang wujud di dalam aktivis seperti Jost Turner adalah hasil dari kebencian yang mendalam terhadap golongan kulit hitam dan sebab itulah apabila pihak penganjur memilih untuk menggunakan istilah "student power" saya seakan-akan tertanya-tanya tentang relevan penggunaan istilah tersebut. Pelbagai persoalan telah bermain difikiran yang sentiasa memberikan tanda tanya. Adakah gerakan mahasiswa ini ingin mengambil semangat "white power" di negara barat? atau Adakah sudah wujudnya satu fahaman atau ideologi seperti "white power" ini di Malaysia? Semangat yang diberikan oleh mahasiswa-mahasiswa ini harus diberikan pujian kerana mereka berani menyuarakan hak mereka agar PRK dapat dijalankan dengan adil dan aman. Harapan saya agar PRK akan datang dapat menjadi wadah perubahan kepada ideologi dan pemikiran mahasiswa dalam membicarakan soal politik negara. Sudah sekian lama kita dijadikan boneka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan diselimutkan dengan tipu helah dan ini adalah masa yang sesuai untuk perubahan.. AKUMELAYU..?
(time to change)
6 comments:
it studentS power...
tahniah tuk dorang
salam..
thanks 4 ur kmen..
ianya hanya akn jd studentS power ble sume org involve tp ape yg brlaku perhimpunan tersebut hanya diwakili segelintir pelajar sahaja..
ibrahim abu shah pernah berkata 'don't try to be a hero, because you have a long way to go'
bro, cite pasal AUKU la.
salam..
thanks sick..
nt la aku kmen sal AUKU..
cz skrang tgah wat research on that..
tapi sekarang ramai pelajar ipta or ipts yang power root x bertempat yang 2 pun ptt ko ctr n kaji skt.negara kite yang akan diturunkan pada jenerasi mude so make sure jenerasi mude x hancur titelan zaman...takbir
Post a Comment