Sunday, October 19, 2008

studentS power..?

Salam…

Seperti yamg dijanji sebelum ini saya inginkan komen anda semua mengenai perlunya suara pelajar IPT di DEWAN NEGARA agar kita sama-sama dapat menjadi sebahagian dari pengubal dasar negara. Tidak mustahil jika kita mempunyai seorang Senator yang membawa suara pelajar. Jika ianya dapat dilakukan oleh golongan artis dan karyawan seperti Jins Samsudin kenapa tidak kita sebagai pelajar mendapat peluang sedemikian? AKUMELAYU..?

(komen perkara ini secara rasional tanpa sebarang emosi)

Monday, October 13, 2008

student power = white power..?


Terkenang kisah sekumpulan mahasiswa yang berkumpul dihadapan pejabat menteri pengajian tinggu baru-baru ini sambil melaung-laungkan slogan “student power” dan membawa sepanduk sebagai tanda bantahan kepada kelewatan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang sepatutnya berlansung di dalam masa terdekat ini. Penggunaan kata "student power" seolah-olah memberikan satu rasa yang penuh bersemangat di jiwa setiap mahasiswa yang hadir pada bantahan tersebut. Apabila mendengar laungan anak muda yang melaungkan slogan "student power saya teringat sebuah artikel karya seorang aktivis yang radikal Jost Turner didalam karya beliau yang bertajuk Is "White Power" really the answer to the survival of our race? Untuk pengetahuan, White Power merupakan satu gerakan radikal di Eropah yang berpanji dan bertunjangkan kepada semangat perkauman yang di monopoli oleh golongan kulit putih di Erorah dan berleluasa di Amerika. Semangat yang wujud di dalam aktivis seperti Jost Turner adalah hasil dari kebencian yang mendalam terhadap golongan kulit hitam dan sebab itulah apabila pihak penganjur memilih untuk menggunakan istilah "student power" saya seakan-akan tertanya-tanya tentang relevan penggunaan istilah tersebut. Pelbagai persoalan telah bermain difikiran yang sentiasa memberikan tanda tanya. Adakah gerakan mahasiswa ini ingin mengambil semangat "white power" di negara barat? atau Adakah sudah wujudnya satu fahaman atau ideologi seperti "white power" ini di Malaysia? Semangat yang diberikan oleh mahasiswa-mahasiswa ini harus diberikan pujian kerana mereka berani menyuarakan hak mereka agar PRK dapat dijalankan dengan adil dan aman. Harapan saya agar PRK akan datang dapat menjadi wadah perubahan kepada ideologi dan pemikiran mahasiswa dalam membicarakan soal politik negara. Sudah sekian lama kita dijadikan boneka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan diselimutkan dengan tipu helah dan ini adalah masa yang sesuai untuk perubahan.. AKUMELAYU..?

(time to change)

Friday, September 26, 2008

Melayu oh melayu..

This is a request from my fellow friend (Haziq tulang:-). He told me to publish this "pantun"..
so, kepada sesiapa yang xsetuju kmen dlm blog Republic of Malaya k..

MALAYS RATHER HAVE PLEASURE THAN PRESSURE?

i came across at this poem at my lecturer's room, mdm aishah. At first, i thought, ape benda la ni pasal melayu, durh... bout the case UiTM n Bumiputera, kecoh satu negara. So everyone have their opinion, i keep mine, takot kene pukul or masuk ISA.. hhahahahha.
So this is the 'sajak'

Di mana boleh cari ramai melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di JOM HEBOH orang melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al-Quran dan sunnah ku
al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma hafal nak halau hantu

Thursday, September 25, 2008

Perjuangan belum selesai...

Salam perpaduan,

Tanggal 25 september 2008 memberikan satu kenangan yang indah dalam hidup ku, bukan kerana hari ini aku mengenali cinta, bukan kerana hari ini hari khamis tetapi kerana pada tanggal ini aku mendengar satu syair dusta nurkilan penyair dari Putrajaya.. mungkin mukadimah tadi agak membosankan tetapi itulah perkara yang berlaku selama 2 jam didalam dewan yang ber ‘air-cond’ sambil mendengar jeritan penceramah yang memberikan tajuk “KETUANAN MELAYU”. Mendengar sahaja tajuk tanpa menghadiri ceramah itu mungkin kita akan beranggapan ceramah ini akan menjadi wadah ilmu kepada pelajar-pelajar dan mungkin juga golongan tua. Tetapi... apa yang terjadi adalah sebaliknya, ceramah tersebut hanyalah tidak lain sebagai satu medan untuk penceramah tersebut melepaskan geram, rasa tidak puas hati dan juga kesal (sambil memasangkan lagu KERANA KAU dendangan Alleykucing). Lupakan sebentar mengenai situasi pada hari tersebut kerana ape yang lebih penting adalah bagaimana tajuk tersebut diolah dan dipandu oleh penceramah? Adakah dengan mengunakan Ferari Merah atau Kancil Hijau atau sebuah lagi kereta keluaran baru yang datang dari Amerika sebuah Mustang Biru. Seperti dijangka, penceramah memilih Ferari Merah kerana sudah jelas kereta tersebut lagi mahal dan lebih sesuai untuk dipandu oleh kontraktor-kontraktor Melayu kelas F. Perjalanan ceramah terasa hangat bila penceramah sudah mula membicarakan mengenai perkara 153 yang akhir-akhir ini menjadi buah mulut setiap masyarakat Malaysia tidak kira walau dimana mereka berada. Penceramah sering menjeritkan suara sambil melaung-laungkan slogan hidup melayu (terasa seperti hidup dizaman Tunku pula) sambil memberikan fakta-fakta meyakinkan. Ingin memetik salah satu fakta yang diberikan oleh penceramah, beliau menyatakan perkara 153 adalah untuk orang melayu dan bumiputra sabah sarawak sahaja. Ternyata sekali penceramah sengaja terlepas pandang mengenai hak kaum lain. Petikan dari perkara 153 “YDPA to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities”. Jelas bahawa perkara 153 tidak seharusnya dipolitikkan untuk kepentingan individu semata-mata kerana ianya hanya akan meghasilkan pergaduhan kaum. Ingat bangsa Melayu, kita sudah jauh ketinggalan kebelakang, lupakan sebentar ketuanan mu dan tegak kan agamamu kerana perjuangan Melayu adalah bukan semata-mata perjuangan Melayu tetapi lebih kepada Agama Islam yang dianuti. Fikir2kan lah, untuk apa kita bercakaran sesama kita sedangkan bangsa lain sudah maju kehadapan. Akhir kata, AKUMELAYU...?

Wednesday, September 24, 2008

Oh Dr. M...

ini adalah petisyen dari seseorang yang inginkn Dr.M memerintah kembali..
sape2 yang tidak setuju, plz komen dalam blog aku.. AKUMELAYU..?

Dear Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
We, the loyal citizens of Malaysia, humbly request that in the light of the current mess that the leadership of (Datuk Seri) Abdullah bin Haji Ahmad Badawi has caused, return to lead us once again. Although we may not have agreed with some or many things that you have done during your 22-year tenure in office as the Prime Minister Of Malaysia, but there are things that we can never dispute.
That you’ve made us proud to be Malaysians. You put us on the world map, making much larger nations sit up when they hear your breath down even for far down the corridor.
That you’ve pushed us from a mainly agricultural state to a state with first world amneties.
That you’ve kept the government running in order and were always in control no matter what came in your way.
The current leadership has absolutely no clue on how to run this country. Please do us all a favour by returning!

Darus Abdul Razak
If you agree with me, please sign the “We Need Tun Dr.. Mahathir To Involved In The Government Again” petition online at :

http://www.petitiononline.com/nbe9009/
[Note : Malaysians only please]

Tuesday, September 23, 2008

Salah siapa?

COPYRIGHT: AKUMELAYU..?

bile bercakap mengenai politik ramai la budak2 muda yg benci..
katanya bosan la, xmenarik la n mcm2 lg..tp pd aku sume 2 adlh luahan yang jujur dr ati ke ati..
slah sape?
nk slahkn pak lah aku rase xbleh gak cz die walau rakyat mrh mcm ner pn jwpan die ttap same "i have a lot of work to do" pak lah oh pak lah dikala anak2 mu sedang memberontak kesedihan dgn situasi poltik skrang pak lah msh lg tido dgn kesenagan semalam(juz an opinion not intentionaly to hurt anyone). habis tue kite nk salah kn saper? aku rase xbleh salah kn sekolah cz bkn keje dieorg.. nk salah kn RTM sbb wat berita jd boring xbleh gak cz kalo xwat "brite boring" nt pak menteri mrh plak..
ntah la pd aku kte xpyh cr salah sape2 satu mekanisme bru mungkn gov bleh consider..
xpyh wat konvensyen, xpyh wat kempen juz yg penting be honest..
byk sgt la penipuan dlm gov sendri.. bdk2 muda nie kalo org jujur dgn dieorg mungkn dieorg leh accept..
sape2 yg ad view lain atau xsetuju dgn opinion nie korang feel free nk kmen k..

Hak MELAYU: Aku diTipu?

WARNING!!!: kisah dibawah hanya untuk bacaan MALAYSIAN yang berfikiran WARAS sahaja...

hak melayu?
itu adalah bingkisan kata yang biasa diungkap oleh orang melayu. mereka sibuk memperjuangkannya dan ada segelintir yang menjadikan hak melayu sebagai ideologi politik untuk "dijual" kepada orang melayu sebagai balasan untuk mendapatkan unduk.
persoalan sekarang apakah itu hak melayu?
hak melayu megikut perlembagaan persekutuan dalam perkara 153 adalah hak keistimewaan orang melayu dan natif sabah dan sarawak. mengikut ahli politik UMNO plak hak melayu adalah kata2 yang akan memberikan mereka undi orang melayu manakala bagi anwar plak hak melayu bermaksud satu kalimah yang akan membuat kan UMNO dgn MCA n MIC bergaduh so, pendefinisian anwar untuk Hak melayu adalah lebih luas..
jd no wonder la kalo ramai "Melayu Moden" memilih anwar kerana anwar memberi pendefinisian yang luas untuk hak melayu.
adakah melayu atau bumiputra benar2 mempunyai HAK?
mengikut perlembagaan persekutuan(federal constitution) di dalam perkara 153 tidak dinyatakan dengan jelas tentag hak melayu. kita tidak akan dapat melihat perkataan hak atau right didalam perkara 153 tersebut. jadi apakah yang dicakapkan oleh pemimpin UMNO n PAKATAN RAKYAT terutama anwar(PM in waiting)adalah kata2 bohong dan dusta sahaja? di kesempatan ini saya juga mengajak rakan2 seperjuangan supaya kita sama2 berfikir yang selama ini kita memperjuangkan perkara yang tidak ada..
secara literally the only word yang ada dalam perlembagaan adlah special priviledge dan bukan rights. jd fikir2 kan lah ye kwn2 untuk apa kita bergaduh dgn non-bumi untuk perkara yang kita sendiri pn xpasti. kita telah sekian lama dimomokan oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sahaja. at last, rakyat juga yang jadi mangsa kepada ketamakan dan KEBODOHAN pemimpin politik tersebut. sekian sahaja untuk perkara 153 n nt saya akan bercerita kisah dongeng disebalik ISA dan betapa gelojohnya anwar untuk jd PM sehingakan bagitau satu dunia dia adalah Prime Minister in WAiting(haha, maksudnya dlm bhase melayu AKU XSABAR2NK JD PM). jd fikir2 kn la ye kwn2... AKUMELAYU..?