Saturday, May 9, 2009

Apa beza ulama & professional?

Mesti Presiden dan Timbalan Presiden itu ulama kalau benar kita (Pas) mahu laksana Islam. Nombor satu dan dua mesti ulama dan juga seorang dari Naib Presiden. Sebabnya kalau tidak ada salah seorang itu ulama, maka yang nak naik (ganti tempat di atas) seolah-olah melompat pula” Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi

Apa bezanya ulama & professional?

Isu ini wujud dikala pemilihan pucuk pimpinan Pas. Tertanya-tanya pula. Apa bezanya ulama dan professional? Adakah ulama kini dan dahulu tidak professional? Bukankah cikgu saya Muhammad S.A.W telah melahirkan ulama yang professional yang digelar “Khulafa Ar-Rasyiddin”. Semakin keliru bila memikirkan perbezaan ini kerana pada aku ulama adalah professional dan setiap professional harus menjadi ulama kerana kita adalah wali (pemimpin) di bumi Allah S.W.T ini. Bertepatan dengan hadith Rasulullah S.A.W daripada Ibn Umar r.a.,

Kamu semua adalah penjaga (pemimpin). Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap penjagaannya (orang yang dipimpim)”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


By: AKUMELAYU...?



2 comments:

mr.syazwan said...

dunia sekarang sering membelitkan sesuatu fakta atau keadaan...

tepuk dada tanye selera...

aku melayu..? said...

salam mr.wan

putar alam adalah lumrah bg mnusia,
tambah2 lg utk kepentigan dri sendri
huhu~