Saturday, February 14, 2009

Ancaman Orang Muda


Salam muslimim & Muslimat

Teringat hadis Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa “diakhir zaman nanti satu sifat akan wujud dikalangan umat aku. Sahabat bertanya apakah ya Rasulullah S.A.W?. Baginda menjawab sifat itu ialah al-wahn. Sahabat bertanyakan lagi apakah al-wahn itu? Baginda menjawab al-wahn itu ialah sifat cintakan dunia dan takutkan mati. Itu adalah antara nukilan kata yang hadir di bibir Rasulullah S.A.W. Ironinya masa kini sifat yang dinyatakan Rasulullah S.A.W itu hadir apabila umat Islam masa kini menjadi begitu liberal dikala membahaskan mengenai hukum dan undang-undang islam. Apabila kaum tua menegur kaum muda pelbagai tohmahan timbul kononnya mereka telah menyekat pemikiran kaum muda dan tidak berfikiran jauh dan mudur kebelakang. Sejauh mana kebenaran tohmahan ini? Firman Allah S.W.T “orang tua laki-laki dan orang tua perempuan apabila kedua-duanya berzina, maka rejamlah mereka itu" Ayat tersebut jelas sekali menyatakan perintah Allah S.W.T mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan hukuman Allah S.W.T. Jelaslah, disini kehadiran kaum tua tidak lain adalah sebagai check and balance kepada kaum muda dan kaum muda tidak haruslah mempertikaikan teguran oleh kaum tua tersebut kerana ianya merupakan tanggungjawab kepada mereka. Firman Allah S.W.T lagi “ambillah kitab ini dengan bersungguh-sungguh” [surah maryam(19):12] semakin jelas menunjukkan titah dan perintah Allah S.W.T kepada hambanya supaya mentaati suruhan dan ajarannya. Sejauhmana firman Allah S.W.T ini dijadikan pedoman kepada umat Islam masa kini. Sama-samalah kita fikirkan.

(Further reading: Kitab Al-Azkar by Al-Imam Al-Nawawi)

Hamba Allah S.W.T yang kerdil...

To Islam with Love

By: AKUMELAYU...?


Wednesday, February 11, 2009

Aku bodoh..!!!

Salam, ribuan maaf diatas kekasaran bahasa... Sesungguhnya tiada nurkilan yang lebih indah dapat dinyatakan dikala rakyat terus dipermainkan...

Sejak kebelakangan ini pelbagai polemik timbul di Perak. Umum mengetahui apa yang telah berlaku di Perak dimana pemecatan Menteri Besar Perak Datuk Ir Nizar oleh “undi tidak percaya”. Pelbagai persoalan bermain difikiran:-


1. Dimanakah letaknya maruah pemimpin kini? Begitu mudah untuk di jual beli.

2. Sekalung tahniah kepada kerajaan baru BN yang ternyata lebih kaya berbanding Anwar. Sesungguhnya Anwar mempunyai sense of humor (sifat sebagai seorang pelawak) apabila beliau mengkritik BN kerana membeli YB di Perak kerana Anwarlah yang membuka gelanggang perlawanan ini.

3. Penafian secara terbuka hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin sendiri. Mungkin, tindakan lompat parti ini dilakukan kerana pemimpin ini merasakan mereka mempunyai hak didalam perlembagaan dibawah perkara 10 (http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia) dimana menghalalkan YB untuk lompat parti? Sungguh menyedihkan, rakyat Malaysia seolah-olah telah diperbodohkan oleh alasan seumpama ini kerana apa yang lebih penting adalah hak rakyat secara umum untuk memilih pemimpin sendiri.

Persoalan yang sebenar adalah, rakyat ditipu dan diperbodohkan? Hak rakyat untuk memilih pemimpin telah dipertikaikan. Dimana perginya keadilan? Dimana perginya islam hadhari? Dimana perginya tuan guru? Dikala kita asyik oleh media yang begitu bias kita terlupa yang kita telah diperbodohkan. Perbuatan melompat parti ternyata sekali tidak bermoral dan undang-undang untuk anti lompat parti harus digubal dengan segera. Kita tidak mahu melahirkan katak yang pandai berkata-kata, kita tidak mahu melahirkan pelacur politik yang begitu mudah dibeli.

Tidak kira pembangkang atau kerajaan, lupakan sejenak ideologi politik dan bersama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak, hapuskan saja pilihanraya (kononnya hak rakyat) kerana lebih mudah jika kita adakan saja bidaan, sesiapa yang mempunyai duit yang lebih dia mampu membeli kerusi Parlimen.


KEMBALIKAN HAK RAKYAT..!!!