Othman Mansor didalam artikelnye pernah meyuarakan pendapat mengenai perbezaan diantara President US dan Perdana Menteri Malaysia. Di antara perbezaan yang ketara adalah tanggungjawab President US (Barack Hussein Obama) tidak mempunyai beban untuk menjaga sesuatu kaum walaupun Obama mewakili kaum kulit hitam di US tetapi ianya amat berbeza sama sekali dgn suasana di Malaysia dimana Pak Lah perlu menjaga aspek ketuanan melayu. Persoalan mengenai sejauh mana pentingnya ketuanan melayu dan adakah melayu di Malaysia benar-benar mempunyai ketuanan tersebut? Itu adalah beberapa persoalan yang timbul oleh rakyat malaysia sendiri akibat kecelaruan yang timbul kerana terlalu banyak pandangan dan fakta yang tidak tepat mengenai ketuanan melayu diutarakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak dapat dinafikan bahawa ketuanan melayu memainkan aspek penting bagi pembangunan bangsa melayu itu sendiri. Tanpanya melayu tidak akan bersatu dan tanpanya juga melayu akan terus lena diulit mimpi. Apabila kaum bukan melayu sudah mula mempertikaikan ketuanan melayu dan sudah berani untuk mencabar Artikel 153 melayu secara asasnya sudah mula bersatu sedikit demi sedikit tanpa mengira ideologi politik terbabit. Kesan daripada pertikaian yang timbul kini kebanyakan melayu sudah mula mengetahui erti sebenar ketuanan melayu. Lim Kit Siang di dalam blognya (http://blog.limkitsiang.com/2008/02/07/a-malay-view-of-ketuanan-melayu/) secara lantang menyatakan bahawa ketuanan melayu hanya sekadar falsafah semata-mata. Secara tersuratnya ia seakan-akan benar tetapi secara tersiratnya ketuanan melayu boleh menjadi salah satu medium perpaduan melayu itu sendiri. Apa yang perlu dilakukan oleh Melayu kini adalah menjadi berani dan tidak gentar akan ancaman kaum lain kerana melayu kini hanya berperang dengan diri mereka sendiri. Perpaduan dikalangan melayu sendiri harus menjadi batu asas bagi penyatuan bangsa melayu. Tengku Muhammad Faris Petra bertitah “Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat di antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkai menerusi satu muzakarah yang diadakan secara tertutup, berhemah dan bijaksana”. Ianya sudah jelas lagi bersuluh bahawa pemimpin melayu harus mengenepikan segala ideology politik bagi bersama-sama menjaga kepentingan melayu. AKUMELAYU?
2 comments:
Ketuanan Melayu, menjadi bahan propaganda politik. Ia berbeza dgn 'hak bumiputera' dan ketuanan melayu tidak pernah wujud didalam mana2 artikel. Melayu sendiri yang salah, tidak sedar kedudukan mereka, enggan maju. Benar tanah ini tanah melayu. Org melayu memberi 'citizenship' kpd mereka kerana ketika itu british tidak mahu hantar mereka pulang setelah menakluk tanah melayu. British sendiri memberi hak kepada Melayu, namun melayu lupa akan sejarah, dan hanya berpegang dgn pendirian ini tanah melayu dan mengharapkan kesenangan. Bagaimana kita kata melayu tuan, melayu sendiri memanggil cina tuan, atas sebab byk syarikat swasta yg maju dikuasai oleh bangsa asing. Melayu yg senang pula disebabkan oleh bantuan kerajaan dimana tender2 besar kerajaan hanya diberikan kepada bumiputera. Tidak seharusnya timbul ketuanan melayu. Bangsa asing pula tidak perlu mempertikaikan hak melayu disebabkan atas budi bicara melayu terdahulu memberikan kerakyatan. Hal ini saya sedar daripada blog TUN Mahathir yg juga dia sendiri petik dari ucapan tun hussin onn. Hanya baru2 ini hal ini timbul disebabkan pengaruh politik. Agenda masing2. Jangan terpengaruh, ia hanya merosakkan
salam..
terima ksasih saudara haziq,
pandangan yg diutarakan oleh haziq ad betol nya apabila kita cube menjadi tuan dikala kita merupakan hamba dibumi sendiri dan kemungkinan isu ini dibangkitkan atas dasar politik mungkin ad logiknya tetapi jika dipandang isu ini dr sudut yg positif ianaya merupakan sbg pemangkin utk melayu sedar yg mereka sudah tidak berpijak dibumi yg nyata. isu ini tidak harus dijadikan sbg alat utk kita bergaduh sesama sendiri tetapi harus dijadikan alat utk menyatukan melayu. titah tg faris petra ad benarnya apabila pemimpin melayu harus mencari kebanaran dan kita tidak harus menyalahkan bangsa lain diatas kegagalan bangsa kita sendiri..
salam perpaduan..
Post a Comment