Thursday, September 25, 2008

Perjuangan belum selesai...

Salam perpaduan,

Tanggal 25 september 2008 memberikan satu kenangan yang indah dalam hidup ku, bukan kerana hari ini aku mengenali cinta, bukan kerana hari ini hari khamis tetapi kerana pada tanggal ini aku mendengar satu syair dusta nurkilan penyair dari Putrajaya.. mungkin mukadimah tadi agak membosankan tetapi itulah perkara yang berlaku selama 2 jam didalam dewan yang ber ‘air-cond’ sambil mendengar jeritan penceramah yang memberikan tajuk “KETUANAN MELAYU”. Mendengar sahaja tajuk tanpa menghadiri ceramah itu mungkin kita akan beranggapan ceramah ini akan menjadi wadah ilmu kepada pelajar-pelajar dan mungkin juga golongan tua. Tetapi... apa yang terjadi adalah sebaliknya, ceramah tersebut hanyalah tidak lain sebagai satu medan untuk penceramah tersebut melepaskan geram, rasa tidak puas hati dan juga kesal (sambil memasangkan lagu KERANA KAU dendangan Alleykucing). Lupakan sebentar mengenai situasi pada hari tersebut kerana ape yang lebih penting adalah bagaimana tajuk tersebut diolah dan dipandu oleh penceramah? Adakah dengan mengunakan Ferari Merah atau Kancil Hijau atau sebuah lagi kereta keluaran baru yang datang dari Amerika sebuah Mustang Biru. Seperti dijangka, penceramah memilih Ferari Merah kerana sudah jelas kereta tersebut lagi mahal dan lebih sesuai untuk dipandu oleh kontraktor-kontraktor Melayu kelas F. Perjalanan ceramah terasa hangat bila penceramah sudah mula membicarakan mengenai perkara 153 yang akhir-akhir ini menjadi buah mulut setiap masyarakat Malaysia tidak kira walau dimana mereka berada. Penceramah sering menjeritkan suara sambil melaung-laungkan slogan hidup melayu (terasa seperti hidup dizaman Tunku pula) sambil memberikan fakta-fakta meyakinkan. Ingin memetik salah satu fakta yang diberikan oleh penceramah, beliau menyatakan perkara 153 adalah untuk orang melayu dan bumiputra sabah sarawak sahaja. Ternyata sekali penceramah sengaja terlepas pandang mengenai hak kaum lain. Petikan dari perkara 153 “YDPA to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities”. Jelas bahawa perkara 153 tidak seharusnya dipolitikkan untuk kepentingan individu semata-mata kerana ianya hanya akan meghasilkan pergaduhan kaum. Ingat bangsa Melayu, kita sudah jauh ketinggalan kebelakang, lupakan sebentar ketuanan mu dan tegak kan agamamu kerana perjuangan Melayu adalah bukan semata-mata perjuangan Melayu tetapi lebih kepada Agama Islam yang dianuti. Fikir2kan lah, untuk apa kita bercakaran sesama kita sedangkan bangsa lain sudah maju kehadapan. Akhir kata, AKUMELAYU...?

8 comments:

Dosh Saleem said...

haha..
ayat ko da semakin baik da..
mmm..
ak stuju..
kape perlu die nk ferarri sdgkan proton perdanan ad.
sibuk citepsal ketuann melayu tp tk support kete keluaran ngra sndiri..

aku melayu..? said...

salam..
2 la jd kalo ikut nafsu..
xiexie..

Anonymous said...

klu ak..ak pilih ferrari pd perdana..
dpt ferrari 2 jal blk la..le duit..hahaha

Anonymous said...

kalu mampu knp perlu pilih perdana sedangkan jelas dan terang ferrari itu lebih bek drpd perdana yg penuh dgn kontrovesi dan corrupt.. untuk jd pewaris ngr harus tahu utk memilih yg mn lebih bek utk bangsa, rakyat atau dr sendiri bukan sekadar membanggakan sesuatu yg rapuh..opss

Anonymous said...

tp bila difikirkan balik..
kalu laa art153 xwujud, ketuanan melayu cuma laa angin UiTM xkan ada.
bumiputera sabah n sarawak xkan smpai UiTM tuk studi, u xkan jd law student ngan fee yg murah tu..cina duk bndr, india dlm ladang dan melayu mu itu di tgh laut dan kebun...
sesetengah perkara yg nmpk xpatut kadang2 ada kepentingan..
n its not about ketuanan semata2 tp melindungi kepentingan tuk ms depan yg lebh tjamin...opss

aku melayu..? said...

salam..

masa depan yang lebih terjamin?
itu yg dilontarkan oleh saudara tp adakah kita mahu mencapai masa depan dengan sngup mengadaikan maruah kita sendiri..
telah sekian lama kita dipermainkan oleh pihak yg tidak bertanggungjwb..
rakyat malaysia harus sedar kita tidk boleh berpuas hati dgn apa yg kita ada krn "we deserve more"..
kita tdk boleh menerima sahaja tnpa mengetahui hak-hak yg sepatutnya kita dapat..
inilah yg terjadi kpd rakyat malaysia jika kita hanya berpandukan kpd UTUSAN dan BERITA HARIAN yg jelas selalu menipu rakyat dgn dalil2 yg menyakinkn..

sekian

(time to change)

Anonymous said...

tidak pernah wujud dalam perlembagaan mengenai 'ketuanan melayu'. Ia adalah 'hak istimewa bumiputera'.
Ketuanan Melayu? Satu perkataan dibawa zaman ke zaman yg ingin beritahu tanah ini tanah melayu. Kaji sejarah, baru tau. Jangan pandai samakan ketuanan melayu dan hak istimewa bumiputera. Sekarang byk buku, yg mana sahih? Kita kena ambil tahu

aku melayu..? said...

Aper yg dinyatakan saudara ad benarnya krn didalam perlembagan persekutuan tidak dinyatakan mengenai ketuanan melayu tetapi ape yg dinyatakan adalah hak keistimewaa bumiputra dibwah artikel 153. ianya hanya la "implicit agreement" diantara org dahulu. bg membincang lebih lanjut mengenai ketuanan melayu ada dibincangkan didalam new post "ketuanan melayu suatu perjuangan yg belum selesai".. plz komen yer..

salam muafakat..