Tuesday, October 13, 2009

FOOD NOT BOMBS


As promise, this is a detail about food not bombs:

Just visit their blog

http://fnbkl.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2010-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=1

http://mockmeat.wordpress.com/



Tuesday, July 28, 2009

Kehidupan Umpama Air Hujan


“Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).” (SURAH YUNUS: 24)

Monday, June 22, 2009

Surat Pak Cik Karim kepada sang pendusta


Kepada YB-YB yang paling saya sayang...

Nama saya ni KARIM... pengundi berdaftar di DUN CHOMBUNG, PARLIMEN REMBAU. Saya menulis ni bukan apa... saje je nak ucapkan terima kasih kepada YB-YB sekalian sebab naikan harga minyak ari tu. Lepas ni bila harga minyak naik, harga barang lain pun naik gak la... bangga betol saya rase... mcm duduk kat LAS VEGAS plak.

Saya janji dengan YB-YB semua yang saya akan ubah tabiat makan ikan kembung yang dah merah menyala dan perut yang dah pecah berderai tu pada ikan kering yer. Saya sanggup berkorban untuk Negara.

Anak saya yang tujuh orang tu yang dah boleh buat team futsal tu boleh la bekerja lepas sekolah, buat bantu emak ayah dieorang ni la.. kalo tak bekerja pun boleh la jadi mat rempit kat SENAWANG tu... dapat gak la duit sesikit... boleh gak la meneruskan tradisi keluarga saya ni yang tak pernah menderhaka pada Negara.

Rase-rase, saya ni nak ubah suai bilik-bilik yang ada kat umah saya.. nak buat tempat bela ikan dgn tanam sayur cara hidroponik (ape benda ni? hehe) saya terpakse tanam kat dalam bilik sebab saya tinggal kat umah flat.

Rebet yang YB bagi kat saya memang terlampau melebih-lebih dari keperluan saya. Bile saya congak-congakkan saya cume guna 20 sen jer duit minyak moto sehari.... ada la untung 21 sen.. bak kate si SAIDA AF6 “okey la tuuuu”.

Saya tak pakai kete sebab bila minyak naik harga, saya kene jual datsun kotak mancis saya tu. Dapat gak la duit ckit...

Team futsal saya tu, saya nak suruh exercise hari-hari jalan kaki, tak pun naik basikal pergi sekolah... ada la 5 km.. dekat jer tuuu... walaupun gaji saya ni RM 1000... sebernarnye terlebih cukup untuk keluarga saya...

Buat permulaan nak mengubah hidup saya ni... saya tak akan gunakan gula bile nak buat kopi... tak akan gunakan tepung untuk buat kodok. Saya nak gantikan beras dgn ubi.. tiap hari saya dgn keluarga saya akan berpose (kecuali hari yg diharamkan berpose) saya akan buat minyak masak sendiri. Itu antara cara saya mengubah cara hidup.

Ada banyak lagi cara... semua kerana Negara kita. Dan saya mintak benar YB naikkan lagi harga minyak yang ada... bukan tu jer.. saya mintak benar naikkan lagi harga tol sebab orang sebelah umah saya ni pembangkang... dia selalu guna highway, biar padan muke die.. tuuuu laaa.. suka benar sokong pembangkang... PAKATAN RAKYAT konon... padan muka engkau, bayar la tol banyak-banyak.

Nanti YB boleh la melawat saya dan sedekah pada saya sehelai kain pelekat bile dah dekat-dekat pilihan raya nanti.. Insya-Allah kain pelekat tu saya nak frame kan pastu gantung kat umah.. tapi jangan lupe la... YB sain autograph kat kain tu dulu ye..

Jangan lupe YB, naikkan la harga minyak. Jangan la diturunkan gaji menteri-menteri tuu... siannn dieorg.... nanti ape plak anak bini dieorg nak makan... tak dapat pulak nak shopping kat LANDEN...

Akhir kata, saya akan tetap menyokong YB-YB sekalian. Saya takkan menyokong pembangkang... ntah apa-apa ntah. Jangan lupe YB, naikkan tol banyak-banyak, biar orang sebelah umah saya yang menyokong pembangkang tu biar terjelir lidah die nak bayar... padan muke...

Sekian terima kasih,

Yang benar,

PAK CIK KARIM. pjk. amn. spm. pmr

Pecah kaca pecah gelas,

Dah baca, tak payah balas.

Sunday, May 31, 2009

Saya Gembira Di Sini!!!



“Di Burma, seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini, kita akan bagi mereka peluang menjadi warganegara. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak menganbil kira kebolehan berbahasa (melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain bangsa melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanyakan kepada anda. Ini adalah fakta. Siapa anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10% kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini. (Tun V.T Sambanthan, 1 Jun 1965)

Keindahan bait-bait kata dari Tun Sambanthan ini ternyata jelas sudah menjadi epilog tragis kegagalan medium penyatuan dan perpaduan yang dulunya menjadi pemangkin kejayan Malaya pada ketika itu. Medium yang relevan pada ketika itu mungkin dari segi bertolak ansur tetapi Melayu akan terus di kenang sebagai satu bangsa yang begitu bertolak ansur sehinggakan Melayu kini sudah mula tertolak ke sungai dan dipinggir desa di himpit oleh kemodenan dan kejayaan bangsa lain. Salah siapa?

By: AKUMELAYU..?

Lelaki Komunis Terakhir...



“Orang melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan 90% penduduk bukan melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90% daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”. (Tun Tan Siew Sin, 30 April 1969)

Parti GERAKAN tak ada ker?

Menyusuri sejarah Gerakan yang di tubuhkan pada 24 Mac 1968 dan Presiden pertamanya adalah seorang cendekiawan Melayu yang disegani iaitu Prof. Syed Hussein Alatas. Apa yang jelas mengenai Gerakan kini adalah umpama gunting dalam lipatan di dalam BN sendiri. Ianya lebih berbahaya dari DAP dan juga mungkin lebih berbahaya dari Chin Peng yang berusia 85 tahun yang kini ibarat menunggu ajal tiba. Tetapi ibarat lumrah bagi manusia yang jahat akan terus di kenang sebagai jahat kerana walaupun Chin Peng sudah berumur tetapi kerisau semangat komunisme jelas terasa. Apa yang pasti ancaman komunisme dewasa ini bukanlah berasal dari Chin Peng yang sudah hilang taringnya tetapi adakah ancaman itu berasal dari musuh dalam lipatan di dalam BN sendiri? Siapa yang memulakan isu ini kalau bukan sahabat baik UMNO yang kini bergelar musuh.

By: AKUMELAYU..?

Thursday, May 28, 2009

Aku Kaya..!!!



“Kuok Group chairman Robert Kuok, who made his fortune trading sugar, retains his top spot among Malaysia’s richest people, whose collective wealth dropped after a slump in the stock market, according to Forbes Inc.” NST

Bila agaknya orang melayu islam plak?

Jawapan yang biasa didengar adalah “biasalah orang melayu malas” kadang-kadang kalau tanya ustaz yang tak habis belajar mereka akan jawab “ala... buat apa nak kaya? Hati susah dan nak beramal pun susah” tapi sedar kah umat islam semua bahawa miskin itu menghampiri kepada kekufuran. Berita ini, tidak pernah dipandang serius oleh orang Islam kerana pada mereka orang cina kaya itu normal dan orang islam miskin itu perkara biasa.

Sampai bilakah minda kita hendak tertutup? Kenapa orang Islam takut hendak jadi kaya kerana bukankah Abdul Rahman Auf seorang sahabat Nabi S.A.W yang telah di janjikan syurga juga adalah seorang yang kaya. Besarkan minda anda kerna petikan ini harus dijadikan rujukan “beramal lah kamu bagai kamu ingin mati esok hari dan bekerja lah kamu mencari rezeki bagai kamu ingin hidup 1000 tahun lagi” fikir-fikrkan lah..

AKUMELAYU?